CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

BLOG OWNER

BLOG OWNER
Liyana Hisam

MASA ITU EMAS

31 January 2010

MARI MENGENALI DIRIKU..

ASSALAMMUALAIKUM..


 TENTANG SAYA!!

 
inilah aku yang begitu comel..hehe
perasan pulak..hehe
nama NURLIYANA BINTI HISAM..
nama ini ibu bapaku yang berinya.. 
penat mereka memerah otak untuk memberi nama yang terbaik untuk anak dia.. 
supaya anak dia menjadi seorang insan yang dihormati dan disanjung tinggi..hehe
aku dilahirkan di HOSPITAL SULTANAH AMINAH..
jadi tarikh lahir aku ialah 6 OKTOBER 1991..
sekarang ini aku tinggal dekat JOHOR BAHRU kawasan SKUDAI..
aku mempunyai adik-beradik seramai 3 orang..
2 orang perempuan dan seorang lelaki..
pada tahun ini aku akan menduduki STPM..
inilah satu-satunya harapan aku untuk masuk UNIVERSITI..
kalau di izinkan ALLAH S.W.T aku nak ambil jurusan KAUNSELING..
minat yang begitu mendalam tidak dapat ditepis lagi..hehe
harap korang semua doakan kejayaan aku ya..


  
 SMK TAMAN UNIVERSITI..

aku mula belajar di sekolah ini sejak dari tingkatan 1(2004) sehingga tingakatan 5(2008)..
banyak kenangan terindah dan kenangan pahit di sekolah ini..
bagi aku sekolah inilah yang terbaik kerana mempunyai guru-guru yang begitu komitmen ketika menjalankan tugas dan mempunyai pelajar-pelajar yang baik..
sekolah ini juga sudah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik mahupun ko-kurikulum..
Oleh itu, kepada semua warga SMK TAMAN UNIVERSITI jagalah nama baik sekolah dan berusaha mengharumkan nama sekolah
SMK TAMAN UNIVERSITI TETAP DI HATI!!!


  
SMK SKUDAI,JOHOR BAHRU..

Inilah sekolah aku atau dikenali sebagai UNIVERSITI SKUDAI..
Di sinilah tempat aku menuntut ilmu dari tingkatan 6 RENDAH sehingga 6 ATAS..
 dekat sekolah ini jugalah aku menjadi seorang pengawas..
aku boleh anggap sekolah ini disiplin masih boleh di kawal..
sekolah ini juga sudah banyak melahirkan pelajar-pelajar cemerlang..
mana taknya kan guru-gurunya pun turut cemerlang..
bagi aku sekolah ini sememangnya seronok kerana di sinilah aku mendapat kawan-kawan baru,guru-guru baru dan pengalaman baru..
JADI APA YANG AKU NAK BAGITAHU IALAH SEKOLAH INI SEMEMANGNYA SERONOK..


KELUARGA SAYA!!


 
dari kiri SALIMAH (IBU), NURHASYIMAH (AKAK), SAYA DAN MOHD AFIQ ASYRAF (ADIK)

 Inilah keluarga bahagia saya..
Merekalah tempat saya mengadu jika mempunyai masalah..
Saya lebih mementingkan keluarga berbanding yang lain kerana mereka sajalah yang akan bersama kita ketika waktu senang dan susah..
Oleh itu, saya hendak beritahu kepada anda semua utamakan keluarga!!


NAMA ANGGOTA KELUARGA SAYA     

  HISAM BIN MELAN (ARWAH AYAH SAYA) 
SALIMAH BINTI ABDULLAH (IBU SAYA) 
NURHASYIMAH BINTI HISAM (AKAK SAYA)
NURLIYANA BINTI HISAM (SAYA)  
MOHD AFIQ ASYRAF BIN HISAM (ADIK SAYA)


SAYANGILAH DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA KERANA MEREKALAH SEGALA-GALANYA..


Search This Blog