CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

BLOG OWNER

BLOG OWNER
Liyana Hisam

MASA ITU EMAS

12 January 2014

How to Make Money Online & Part Time Job

JOM BUAT SITE INCOME!!


Wah Berhabuk sudah kita nya Blog!!

Korang Kita Nak Kongsi Satu Website utk Menjana Pendapatan.


Mari buat site income secara part time!!
http://stayreward.com/index.php?share=12434
Sekarang ini semua harga barang naik,minyak naik dan segala-galanya naik. 

Kos sara hidup makin meningkat dan duit makin lama makin tak mencukupi.

Sekarang saya ada penyelesaian untuk semua ini.


Come On Join, Register and Share!! 

**100% Free Register

**After Register u get 25USD

**Easy, Quick & Money

Please Join and click :

http://stayreward.com/index.php?share=12434
http://stayreward.com/index.php?share=12434

Niat Saya hanya mahu membantu anda, benda baik perlu dikongsi bersama.

12 November 2012

Pemergian Ibu Tercinta ke Rahmahtullah

2 September 2012 
Sememangnya tarikh ini tidak akan ku Lupa buat selama-lamanya kerana tarikh tersebut ibu tercintaku pergi menyahut seruan ILLAHI buat selama-lamanya.
Hanya Allah saja yang tahu bertapa sedihnya hati ini atas pemergian Ibu tercintaku kerana dialah tempat aku mengadu masalah,tempat aku bergantung,tempat aku bermanja dan juga merangkap sahabat baik dunia dan akhirat bagi diriku ini. 
Tidak terungkap rasanya untuk aku katakan, namun aku redha dan pasrah atas pemergiannya.


Tahun 1433 Hijrah sememangnya tahun terakhir aku dan adik-beradik menyambut lebaran bersama Ibu tercintaku.
Tidak kami menyangka akan pemergiannya yang begitu cepat sekali, namun apa daya ajal maut jodoh pertemuan dan rezeki semuanya sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.


Sememangnya inilah ujian yang paling besar yang harus aku tempuhi, suka atau tidak aku perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk teruskan hidup.
Walau bagaimanapun, aku begitu kagum akan semangat Ibu tercintaku kerana bagi aku dialah wanita yang paling tabah dan kuat yang pernah aku kenal. Bagi pendapat aku sememangnya ibu seorang yang tabah menghadapi liku-liku kehidupannya kerana Ibu perlu membesarkan kami 3 adik-beradik tanpa suami tercinta yang sudah kembali ke rahmatullah pada 26 Disember 2006.


Dialah bapa dan ibu untuk kami berkasih sayang dengan kudrat yang ada ibu tidak pernah mengeluh untuk meneruskan hidup. Walaupun, diri sendiri tidak sihat namun ibu tetap gagahkan diri untuk membesarkan kami adik beradik dan mencari rezeki halal untuk anak-anaknya. Sudah 3 tahun ibu menderita penyakit buah pinggang dan selama 3 tahun itu jugalah ibu perlu menjalani rawatan dialysis sebanyak 3 kali seminggu dan boleh dikira masa jangka hayatnya ibu perlu bergantung terhadap mesin dialysis. Sememangnya aku berasa sedih akan penderitaan penyakit yang perlu ibu hadapi dan aku redha. Apa-apa pun sejujur-jujurnya aku tidak puas menjaga dan merawat Ibuku dan kini aku sudah hilang doa seorang Ibu. 


Bagi rakan-rakan yang masih ada Ibu Bapa sayangilah dan hormatilah mereka selagi mereka masih bernafas. 
Janganlah membentak dan memarahi kedua Ibu bapa kita, 
takut nanti kita duduk dalam Golongan anak derhaka. 
Nauzubillahiminzalik, Mohon dijauhkan dari golongan sebegitu.


Marilah kita mendoakan kesejahteraan kedua Ibu Bapa kita,
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosa ibu dan ayahku kerana mereka telah membesarkan diriku ini sejak kecil lagi,
Ya Allah, Janganlah kau seksa kedua Ibu Bapaku dan Permudahkan mereka menjawab soalan Malaikat Mungkar dan Nangkir,
Aku juga bermohon padaMu Ya Allah kau cucurilah Roh kedua Ibu Bapaku dan tempatkan dia di kalangan Orang beriman, bertakwa dan Solehah,
Terangilah kubur mereka dengan cahayaMu Ya Allah dan kau masukkanlah kedua Ibu Bapaku ke dalam Syurga FirdausMu Ya Allah. Amin.

AL_FATIHAH
ALLAHYARMAH 
SALIMAH BINTI ABDULLAH

11 July 2012

4 APRIL 2011


Akhirnya, dapat juga update Blog yang dah lama berhabuk nie.
seyes kesibukan kerja membuat aku alpa dengan Blog aku.Huhu..
Haraf Maaf yer semua..

4 APRIL 2011
Tarikh bermulanya aku berkerja di UO SUPERSTORE, PLAZA ANGSANA
 
sebagai KERANI AKAUN.

Alhamdulillah pelbagai ILMU aku perolehi kat sini dan pelbagai RAGAM MANUSIA yang aku jumpa.
Masa kerja aku start 9pagi hingga 6petang dan cuti pada hari ahad.
Tapi kalau kerja melambak kenalah OVERTIME (OT).
ACC DEPT kat sini terbahagi dua bahagian OUTRIGHT dan CONSINGMENT.
Jadi aku diletakkan dibahagian OUTRIGHT utk menggantikan tempat Kak NAZERA MAJID sebab dia dah nak berhenti.
Bayaran Gaji biarlah menjadi rahsia antara
AKU,MANAGER,HOD dan HR.
Rahsia syarikat perlu dijaga dengan Rapi nanti kena SAMAN plak.
 BAIKLAH!!


Sekarang aku nak perkenalkan rakan sekerja aku yang banyak membantu masa
Tahun
2011 dan  2012
.
FIZA AZMAN
Merangkap aku nya Head of Dept (HOD)
Alhamdulillah beliau banyak membantu aku dalam urusan kerja.
Masa aku baru masuk dia banyak ajar dan back-up aku.
Sememangnya dia banyak BERJASA.
TERIMA KASIH BOSS!!
Korang jangan tak tahu BOSS aku nie bengong sikit tapi otak dia smmgnya bergeliga.
Paling aku tak boleh lupa dia bagi aku tugas untuk kejar
 
PROMPT PAYMENT DAN FAST PAYMENT yang dah siap due date untuk dibayar.
Seyes Masa mula-mula handle kehidupan aku sememang tak terurus gila!!

DEPT OUTRIGHT
NAZERA MAJID
Kalau korang nak tahu tempat dialah aku ganti.Dia berhenti kerja pon sebab nak tolong abang dia jaga kedai.
Mula-mula aku masuk sini dialah orang pertama yang tegur dan ajar aku.
Aku belajar dengan dia pon tak sampai seminggu kot.
Bayangkan aku ditinggalkan dengan ILMU yang tak berapa cukup lagi dan
perlu berdikari di atas kaki sendiri.
Apa-apa pon aku bersyukur sangat-sangat dapat belajar dengan dia.
Di mata aku Akak nie sememang seorang yang penyabar ketika mengajar aku.
TERIMA KASIH KAK IRA!!


SALMAH HASSAN
Akak nie banyak berjasa gak lah ngan aku.
Tapi dia nie lah manusia paling dahsyat yang pernah aku kenal.
Apa-apa pon akk nie banyak meninggalkan memori dalam kehidupan aku lah.
Dia juga lah buat kehidupan aku huru-hara nak mati.TERIMA KASIH KAK SAL
sebab akk saya banyak belajar dan faham tentang tugas-tugas saya sebagai
kerani akaun.
APa-apa pon akk nie pon tak lama gak kerja kat sini,
 tak lama kak ira berhenti dia pon ikut serta utk berhenti.
LYNDA HERMAN
kalau korang nak tahu kak Lynda nie banyak membantu dan 'BACK-UP' aku.
Masa aku mula kerja dia lum naik sebab cuti bersalin.
Lepas dia naik jerp aku sememangnya aku dapat tarik nafas lega!!
Bersyukur sangat-sangat sebab lepas dia naik kerja baru la kerja aku terurus sikit.
Sememangnya dia lah orang yang aku rapat kat office.
kalau ada masalah ke apa ke kteorang akan berkongsi bersama.
Apa-apa pon kak Lynda berhenti kerja AKHIR TAHUN 2011 sebab dapat kerja baru dan Gaji lagi berbaloi-baloi.
ALHAMDULILLAH.
Masa dia nak berhenti aku sememangnya sedih sangat-sangat
sebab aku 
fikir lepas dia berhenti sapa lah nak Jadi partner aku kan.
Cuba korang bayangkan aku kena jaga DEPT OUTRIGHT sorang-sorang tak mati dibuatnya.HUHU
Apa-apa pon tahun 2012 memberi aku sinar baru selepas Kak Lynda berhenti.
Aku bersyukur sangat-sangat.

LIANA JEMAIN
Pada 2 JANUARI 2012
aku memanjat kesyukuran sebab dapat partner baru!!
Terasa kurang sikit bebanan kerja aku sebab dah ada partner yang boleh
membantu aku dalam membuat kerja.
Mula-mula dia nie cam susah jerp nak terima apa yang aku ajar
tapi lama-lama alhamdulillah dia dapat terima dan berjaya handle DEPT OUTRIGHT dengan baiknya.
Sememangnya aku tersenyum lebar lah sebab orang yang boleh diharapkan sudah menjelma.
TERIMA KASIH YANNA
Untuk pengetahuan korang nama dia lebih kurang sama dgn aku tapi nama Bapak Lain n nama Mak pon Lain.
Dialah My BFF yang terbaik kat Office.
kalau aku ada masalah dia lah pendengar setia aku.
Seyes aku memang sayang sangat-sangat kat dia
sebab dia nie suka bagi pendapat kat aku.

p/s : Yanna serius i happy giler dapat berkenalan dengan u!!
Terima kasih sudi jadi sahabat saya!!

NUR AFIQAH
Dia nie paling muda dalam DEPT OUTRIGHT dan anak buah kepada Kak NOR HAFISZEE.
Bijak berkata-kata tapi sayang,
 bila buat salah tak pernah mengaku kesalahannya.
Sabar jerklah aku menjadi seorang manusia yang berakal!!
Apa-apa pon aku bersyukur dia masuk
DEPT OUTRIGHT sebab dapat back-up kerja aku dan yanna.
Tapi
EYKA kerja pon tak lama jugak sebab dapat sambung belajar.
Kalau korang nak tahu dia lah selalu menjadi mangsa meroyan aku sebab
kuat melawan dan selalu melakukan kesalahan yang sama.
pening kepala otak aku!!
seyes aku tak dapat terima dengan cara kerja budak nie.
Apa-apa pon aku terima dengan Redha.
Maaf yer kalu Terasa.. -\(=_=)/-

AISHAH AHMAD
Si budak mata kuyu!!
Tarikh melaporkan diri 16.4.2012.
kalau tak silap akulah.
 Dia nie gantikan tempat EYKA
Akhirnya, dapat rakan sekerja sama baya memang aku teruja gila bila dapat tahu.
masa mula-mula masuk muka Aishah lah yang paling tak leh blah!!
muka Skema giler.
Aku mula-mula fikir minah nie boleh ke tak masuk ngan aku.
Bukan apa takut tak sekepala.huhu
Tapi sangkaan aku meleset, rupa-rupanya Aishah nie boleh tahan gak bengong dia nie.Haha
Kuat buat lawak,suka buat muka "cumel" dan muka menyampah.
Sumpah kalau korang tengok gelagat memang tak kan kering gusi beb.Haha
Lagipon aku suka tengok gelagat dia yang begitu mencuit hati aku.
Hilang juga ' Tension ' aku bila melayan karenah dia nie taw.
Time buat kerja pon mmg bagus!
Seyes aku slut kat dia sebab dia seorang pekerja yang cepat pick-up.
kalau tengok note dia pon mmg buat aku tersenyum lebar lah.
Lengkap giler!!
Kalau korang nak tahu Aishah nie mabuk karoke dan suara dia memang power.
Akhir sekali, Seronok dapat mengenali Budak yang bernama
 
AISHAH AHMAD!!

MEMORI YANG TERCIPTA DI ACCOUNT DEPT SIMPANLAH DENGAN RAPI!!

DEPT CONSIGNMENT

2011 DAN 2012
Untuk pengetahuan korang Dept CONSIGMENT nie.
Orangnya rajin keluar masuk.
Masalahnya tak sampai tiga bulan kerja mesti ada yg akan ' resign '.

NOR HAFISZEE
Insan yang paling lama berkerja kat DEPT ACC.
Position Kak Fizi kat Acc Dept
SENIOR CLERK.
Baguslah Kak Fizi nie dalam buat kerja aku mmg respect gila sebab dia buat kerja mmg pantas macam kilat.
Apa-apa pon lepas nie dia dapat naik pangkat.
Baguslah, Alhamdulillah!!
Dia pon banyak mengajar dan membantu aku gak.
Lepas tue, masa aku dalam kesusahan fasal kerja dia banyak membantu aku.
Masa kehidupan aku tengah huru-hara dia banyak gak la bagi tips kat aku.
Tapi sekarang aku dengan dia dah macam kucing dan anjing.
Tapi kalau gaduh pon selalunya gaduh-gaduh manja jerp.
Apa-apa pon paling banyak aku tak suka tentang dia,
Bila dia dah start berleter sememangnya telinga aku panas dan berapi jerk lah.
Sabar jerklah!!

FARA DIBA OTHMAN
Just Panggil kak Fara Dieb.
Kakak kesayangan kami kat ACCOUNT DEPT.
kalau korang nak tahu Kak Fara nie seorang yang peramah, kaki kodem, dan Kelakar.
Gembira dapat mengenali dia sebab masa aku baru-baru masuk dia rajin ajak aku berbual.
Seyes memang tak bosan bila berbual dengan dia.
Untuk pengetahuan korang Dia pon rajin bagi nasihat dan pendapat kat aku.
lagipon kak Fara nie jenis bangsa tak kisah tapi jangan lah start buat ' TAHI ' dengan dia memang kenalah.
Kak Fara nie pon gila SHOPPING taw sebab kalau dia jumpa barang cantik memang confirm dia nak beli.
Aku suka konsep dia
' Kalau dah suka sesuatu barang jangan Tahan-tahan nak beli nanti menyesal '
Ingat taw kawan-kawan!!
Apa-apa pon aku rindu sangat-sangat dengan kak Fara.
Sekarang dia dah berhenti kat ACC DEPT dan dah dapat kerja baru Kat AEON CREDIT.
Alhamdulillah rezeki dia kerja kat situ semakin bertambah dan
gaji pon berbaloi-baloi setaraf dengan kelulusan dia.

Kalah UO pon belum mampu nak bayar gaji yang kak Fara Dieb dapat sekarang.
Seyes gembira dapat mengenali insan yang bernama
 
FARAH DIBA OTHMAN.

KAK LEYA

KAK FARAH AQILA

NORAZLINA

Gambar kat atas nie semua EX ACC CLERK.
Dorang semua nie kerja tak lama sebab masing-masing dah ada komitmen sendiri.
Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sebab dapat mengenali anda semua.

P/S : 
Macam mana Geng Pablo (NORAZLINA) aku sorang nie boleh sesat kat sini?
Macam mana huh biar aku terangkan walaupon tak berapa ' CLEAR ' lah.
Time nie dia tengah sibuk cari kerja lain.
Dia masuk kat ACC DEPT pon tak sampai 3 hari dah chow gitu jerp.
Apa yang terjadi kat dia biarlah menjadi rahsia.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab
dia dapat satu Department dengan aku tapi sayangnya dia tak lama bekerja pon.

ATHIRAH OTHMAN
Tarikh Dia masuk kerja saing dengan LIANA JEMAIN.
Mula-mula dia masuk kerja kat sini dapat DEPARTMENT OUTRIGHT.
Tapi disebabkan dia buat kerja terlebih serlahkan diri dia menyebabkan BOS percaya yang
dia mampu Handle CONSIGNMENT.
Tapi last-last tak ada makna nya buat kerja semakin meningkat
sebab makin lama kerja makin lingkup.
Apa-apa pon dia selalu menjadi mangsa kemarahan KAK FIZI
sebab asyik buat kerja terlebih betul jerp 
tue yang KAK FIZI MEROYAN. Haha

NURHIDAYAH ABU ZAHRIN

Tarikh Lapor diri dia sama dengan AISHAH AHMAD.
Mula-mula masuk minah nie lah paling kepoh dan mantol.
Tapi alhamdulillah aku kenal dia nie seorang yang sporting dan cepat masuk air. Haha
Kesian juga lah dengan dia sebab masa dia mula-mula kerja kat sini asyik dapat ilmu sonsang jerp.
Bila salah buat habis kena balun dengan
BIG BOS sebab SIFU dia ajar tak betul.
Tapi dia nie pon ada bagus juga sebab cepat belajar dari kesilapan.
Alhamdulillah sekarang dia dah boleh handle kerja dia dengan baik.

P/S : Kalau korang nak tahu dia nie suka cium orang tak ingat dunia.
Kalau orang baru kenal dia mesti tak selesa dengan cara dia yang macam huh.
Apa-apa pon aku bersyukur dan gembira dapat berkenalan dengan dia dan
AISHAH AHMAD.
Lagipon kepala otak korang pon bergeliga dan gila-gila.
Terima kasih sebab sudi nak berkawan dengan kita yer budak-budak sama baya.

AKHIRNYA, SAYA NAK BAGITAHU YANG SAYA SANGAT GEMBIRA DAPAT MENGENALI ANDA SEMUA YER
WARGA-WARGA ACCOUNT DEPT
SERTA BEKAS WARGA-WARGA ACCOUNT DEPT.
SIMPANLAH MEMORI YANG TERUKIR DI DEPARTMENT ACCOUNT DAN PERKARA YANG MENDUKAKAN JANGANLAH KORANG SIMPAN DI HATI.
SAYA JUGA NAK AMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH SERTA SAYA INGIN
MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Search This Blog