CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

BLOG OWNER

BLOG OWNER
Liyana Hisam

MASA ITU EMAS

12 November 2012

Pemergian Ibu Tercinta ke Rahmahtullah

2 September 2012 
Sememangnya tarikh ini tidak akan ku Lupa buat selama-lamanya kerana tarikh tersebut ibu tercintaku pergi menyahut seruan ILLAHI buat selama-lamanya.
Hanya Allah saja yang tahu bertapa sedihnya hati ini atas pemergian Ibu tercintaku kerana dialah tempat aku mengadu masalah,tempat aku bergantung,tempat aku bermanja dan juga merangkap sahabat baik dunia dan akhirat bagi diriku ini. 
Tidak terungkap rasanya untuk aku katakan, namun aku redha dan pasrah atas pemergiannya.


Tahun 1433 Hijrah sememangnya tahun terakhir aku dan adik-beradik menyambut lebaran bersama Ibu tercintaku.
Tidak kami menyangka akan pemergiannya yang begitu cepat sekali, namun apa daya ajal maut jodoh pertemuan dan rezeki semuanya sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.


Sememangnya inilah ujian yang paling besar yang harus aku tempuhi, suka atau tidak aku perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk teruskan hidup.
Walau bagaimanapun, aku begitu kagum akan semangat Ibu tercintaku kerana bagi aku dialah wanita yang paling tabah dan kuat yang pernah aku kenal. Bagi pendapat aku sememangnya ibu seorang yang tabah menghadapi liku-liku kehidupannya kerana Ibu perlu membesarkan kami 3 adik-beradik tanpa suami tercinta yang sudah kembali ke rahmatullah pada 26 Disember 2006.


Dialah bapa dan ibu untuk kami berkasih sayang dengan kudrat yang ada ibu tidak pernah mengeluh untuk meneruskan hidup. Walaupun, diri sendiri tidak sihat namun ibu tetap gagahkan diri untuk membesarkan kami adik beradik dan mencari rezeki halal untuk anak-anaknya. Sudah 3 tahun ibu menderita penyakit buah pinggang dan selama 3 tahun itu jugalah ibu perlu menjalani rawatan dialysis sebanyak 3 kali seminggu dan boleh dikira masa jangka hayatnya ibu perlu bergantung terhadap mesin dialysis. Sememangnya aku berasa sedih akan penderitaan penyakit yang perlu ibu hadapi dan aku redha. Apa-apa pun sejujur-jujurnya aku tidak puas menjaga dan merawat Ibuku dan kini aku sudah hilang doa seorang Ibu. 


Bagi rakan-rakan yang masih ada Ibu Bapa sayangilah dan hormatilah mereka selagi mereka masih bernafas. 
Janganlah membentak dan memarahi kedua Ibu bapa kita, 
takut nanti kita duduk dalam Golongan anak derhaka. 
Nauzubillahiminzalik, Mohon dijauhkan dari golongan sebegitu.


Marilah kita mendoakan kesejahteraan kedua Ibu Bapa kita,
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosa ibu dan ayahku kerana mereka telah membesarkan diriku ini sejak kecil lagi,
Ya Allah, Janganlah kau seksa kedua Ibu Bapaku dan Permudahkan mereka menjawab soalan Malaikat Mungkar dan Nangkir,
Aku juga bermohon padaMu Ya Allah kau cucurilah Roh kedua Ibu Bapaku dan tempatkan dia di kalangan Orang beriman, bertakwa dan Solehah,
Terangilah kubur mereka dengan cahayaMu Ya Allah dan kau masukkanlah kedua Ibu Bapaku ke dalam Syurga FirdausMu Ya Allah. Amin.

AL_FATIHAH
ALLAHYARMAH 
SALIMAH BINTI ABDULLAH

1 comment:

  1. bersabar la menghadapi dugaan yg maha Esa

    ReplyDelete

Search This Blog