skip to main |
skip to sidebar
SALAM MAAL HIJRAH 1432
- Sebelum saya memulakan bicara,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas limpa kurnia-Nya kita semua dapat menyambut Maal Hijrah 1432H bersamaan 6 Disember 2010M pada tahun ini dalam suasana kesederhanaan dan penuh kerahmatan..
- Sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
- Oleh itu, sempena bulan baik dan hari baik ini saya harap kita dapat membuka lembaran baru dan menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini.
- Ingatlah wahai umat muslimin dan muslimat setiap hari,minggu,bulan dan tahun silih berganti dan yang pergi tidak kembali.Sempena bulan baik hari baik ini,marilah sama-sama kita berusaha berhijrah kearah kehidupan yang lebih baik dan tidak mensia-siakan ruang kehidupan yang masih berbaki ini..
- Semoga pada tahun 1432H kehidupan yang bakal kita tempuhi diberikan kekuatan dan keberkatan oleh ALLAH s.w.t. Insyaallah..
- Sebelum saya mengakhiri ucapan ini marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seluruh umat islam yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Muharam 1432H.Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.AMIN..
No comments:
Post a Comment